Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu 2014

Pada hari ini iaitu 24 Januari 2014 telah berlangsung Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu bertempat di Dewan SK Nanga Sengaih. Seramai 14 orang murid telah berjaya mengikuti program yang berlangsung selama tiga minggu ini dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh ahli jawatankuasa Program Transisi dan Guru Penyayang dengan kerjasama Guru-guru LINUS SK Nanga Sengaih.

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangkakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan membantu murid-murid Tahun Satu menyesuaikan diri menghadapi perubahan dari alam Pra Sekolah ke sistem persekolahan formal yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Majlis bermula seawal jam 8 pagi dengan pendaftaran ibu bapa dibuka. Setelah ibu bapa mengambil tempat, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah. Majlis kemudian diteruskan dengan memperkenalkan kesemua 14 orang murid Tahun Satu kepada hadirin.

Majlis ini telah dirasmikan penutupannya oleh Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Abdul Halim bin Arbain. Di dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan rasa gembiranya dengan kejayaan murid Tahun Satu menyesuaikan diri dengan persekitaran alam persekolahan baharu yang lebih formal berbanding semasa mereka di Pra Sekolah. Selain itu beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada paraguru yang telah menunjukkan komitmen yang jitu dalam menjayakan program selama tiga minggu ini.

Majlis turut diselit dengan Program Permuafakatan LINUS yang telah di laksanakan oleh Penyelaras LINUS iaitu Puan Salmah binti Haji Bakar. Permuafakatan ini bertujuan memberi informasi terkini kepada para ibu bapa berkenaan perkembangan terkini anak-anak mereka. Turut disampaikan tips-tips untuk mengajar anak-anak mereka ketika di rumah. Ibu bapa telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung.

Majlis turut diserikan dengan persembahan murid dibawah bimbingan guru bahasa Inggeris, Encik Humphrey Raymond. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid dan sesi fotografi. Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi.

Laporan disediakan oleh: Mohd Hanafee bin Mohd Zaki (Penyelaras Program Transisi Tahun Satu)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s