UPSR Fasa II

Hari ini merupakan hari untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Sepertimana pada minggu UPSR yang lepas, para guru dan murid masih juga berdebar-debar menantikan ujian yang dijalankan. Begitu juga dengan petugas-petugas seperti pengawas peperiksaan dan pihak polis yang bekerjasama memastikan kelancaran proses peperiksaan ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.