Majlis Penangguhan Program Transisi dan Guru Penyayang

Pada hari ini telah diadakan satu majlis penangguhan bagi Program Transisi dan Guru Penyayang 2019. Majlis yang diadakan telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai hasrat bagi murid baru Tahun 1 dalam mengharungi hari demi hari untuk tahun persekolahan ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis dan persembahan pembukaan. Seterusnya majlis disempurnakan oleh Guru Besar yang memberikan ucapan seterusnya menangguhkan majlis tersebut.

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh murid Tahun 1 sendiri.

Guru Besar kemudian dijemput bagi menyampaikan hadiah kepada murid Tahun 1. Hadiah yang disampaikan adalah mengikut kategori murid itu sendiri.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar murid-murid bersama ibu bapa dan guru-guru yang mengajar di Tahun 1.

Advertisements