Kelas Pemulihan

Program Permuafakatan Linus Kali ke-1 (Januari 2014)

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Rasional Program LINUS

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

  1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
  2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
  3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
  4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Program Permuafakatan Linus Kali ke-2 (April 2014)

2 thoughts on “Kelas Pemulihan

  1. tahniah geng2 linus sk nanga sengaih,julau atas kerjasama yang diberikan semasa permuafakatan linus 1 dan linus 2…penggal 2 kita datang dengan cerita baru dan gempak untuk anak2 murid linus kita…semoga linus sekolah dapat dikurangkan…. amin

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s