SSQS 3.0

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan, guru ICT dan Bestari serta yang berkaitan. Berikut merupakan Instrumen, Indikator dan Garis Panduan SSQS 3.0 yang dikongsikan melalui pautan fail SSQS 3.0 2017.

Ini bagi memudahkan tuan / puan untuk fokus dan memantau pelaksanaan penarafan pembestarian SSQS 2017 yang dijangka akan dijalankan pada 15 Julai hingga 30 Ogos 2017.

Penarafan tersebut boleh dilakukan dengan klik pada laman SSQS 3.0 Sarawak.

ID Admin Sekolah: KODSEKOLAH

Password: KODSEKOLAH

Pihak sekolah perlu dapatkan “TOKEN” daripada admin sekolah terlebih dahulu.

Semoga pihak tuan telah bersedia dan telah mengambil tindakan awal yang perlu agar penarafan kali ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Semoga berjaya kepada semua.

Sekian, terima kasih.

 

Advertisements

Tinjauan Penggunaan Tablet Beserta E-Paper dan E-Tutor Utusan Malaysia

Assalamualaikum WBT / Salam Sejahtera

Para Guru SK/SJKC/SMK/Kolej

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS)

Mohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan/puan untuk untuk menjawab soal selidik dalam Borang Tinjauan Penggunaan Tablet Berserta E-Paper dan E-Tutor Utusan Malaysia Oleh Guru Sekolah dan Pegawai PPD dan JPN Sarawak pada pautan berikut:-

URL: http://bit.ly/2sRx5EH

Kerjasama dan komitmen anda diucapkan jutaan terima kasih.

Unit Pembestarian Sekolah (UBEST)

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

Sarawak

Simposium Guru Penasihat Kelab Doktor Muda Kali Ketiga Peringkat Kebangsaan 2016

Perkara: Simposium Guru Penasihat Kelab Doktor Muda Kali Ketiga Peringkat Kebangsaan 2016. “Guru Pemacu Kelestarian Kelab Doktor Muda

Tarikh: 12hb hingga 14hb Ogos 2016

Tempat: D’ Hotel, Seri Iskandar, Perak

Kontinjen Sarawak bergambar di Pintu Keluar Masuk (Bas) KLIA2

IMG_3373

Laporan selanjutnya akan menyusul..

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 ke Bintulu

Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid SK Nanga Sengaih

Tarikh : 8 hingga 10 Oktober 2015

1. LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN SK KAMPUNG BARU, BINTULU

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan menambah pengetahuan sedia ada serta berkongsi kemahiran berkenaan perpustakaan. Lawatan penandaarasan perpustakaan ini sungguh membantu para guru dalam menjana idea serta kreativiti yang dapat dikongsi bersama. Selain daripada perpustakaan, pihak Sekolah SK Kg. Baru turut membawa kami melawati Bilik BOSS, Prasekolah, Bilik Muzik, Bilik Seni, Bilik Guru dan Pejabat.

 

2. LAWATAN KE LEMBAGA PEMBANGUNAN BINTULU

 

3. LAWATAN KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU

 

4. LAWATAN KE TAMAN TUMBINA

 

5. SANTAI DI TANJUNG BATU