Happy Sarawak Day

Pihak kami dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Sarawak kepada khususnya seluruh warga Sarawak dan tidak dilupakan juga kepada semua warga luar yang datang untuk menetap dan bekerja di negeri bertuah yang aman dan makmur ini. Happy Sarawak Day!!

Sarawak-Day

Sarawak Day (or Sarawak Independence Day) is a holiday observed on 22 July every year by the state of Sarawak in Malaysia, celebrating the establishment of self-government in Sarawak on 22 July 1963. (more: refer Wikipedia)

Advertisements

SSQS 3.0 SK Nanga Sengaih

Bermula hari ini, akan diadakan Smart School Qualification Standards untuk seluruh sekolah-sekolah khususnya di Sarawak. Pihak sekolah mengambil inisiatif ini dengan mengedarkan token bagi para guru secara online di website sekolah ini.

Maka, semua guru sekolah ini dialu-alukan segera membuat pengisian penarafan SSQS tersebut. Tarikh akhir di peringkat sekolah adalah sebelum atau pada 11.08.2017 (Jumaat) bagi memudahkan pihak PKG Julau membuat proses lanjutan di peringkat PPD Julau.

Screen Shot 2017-08-06 at 1.42.03 PM

Klik pada paparan di atas untuk masuk ke laman web SSQS 3.0. Pilih kategori anda dan masukkan token. Selamat menjawab!

Di sini disertakan nama guru beserta kumpulan dan token bagi membuat pengisian tersebut. Terima kasih.

 

Screen Shot 2017-08-11 at 10.38.46 AM

 

Pengumuman Kem Nak Sihat 2016

Perkara: Kem Nak Sihat 2016

Tarikh: 19hb Ogos 2016 (Jumaat)

Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat: SK Nanga Sengaih, Julau

 

Scan copy.jpg

Pada minggu ini akan diadakan Kem Nak Sihat di SK Nanga Sengaih. Pihak sekolah berasa sangat berbangga kerana telah dipilih oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei yang mensasarkan aktiviti ini kepada seluruh komuniti di kawasan ini. Program ini dibawakan khas dengan kerjasama Schomos Sarawak Sarikei Sub Branch, Rotary Club Sarikei dan Kelab Doktor Muda SK Nanga Sengaih.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah; pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, PAP Smear, pemeriksaan gigi dan cabutan, pameran serta ceramah kesihatan. Selain itu, Kelab Doktor Muda sekolah akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah sempena minggu Anti-Denggi sekolah dan gotong-royong penempatan kawasan pelupusan sampah sarap.

Maka, marilah kita semua bersama-sama hadir ke program ini bagi mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma ini. Orang ramai tak kira tua dan muda serta kanak-kanak dan bayi juga boleh dibawa ke program ini.

Semoga program berfaedah seperti ini dapat mencapai matlamatnya untuk terus memberikan khidmat masyarakat terutamanya kepada warga penduduk di pedalaman yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan sebegini.

JOM KITA SAMA-SAMA SIHAT! JOM NAK SIHAT!!

Pewujudan Blog SK Nanga Sengaih, Julau

Hari ini, satu taklimat / bengkel yang bertajuk Pengurusan Blog dan Website Sekolah menggunakan wordpress.com untuk Guru ICT Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Julau telah diadakan. Maka wujudlah sebuah laman WordPress untuk SK Nanga Sengaih. Tujuan bengkel ini diadakan juga adalah bagi memastikan setiap sekolah di daerah Julau mempunyai laman WordPress sendiri.

Diharap dengan wujudnya laman sekolah ini dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak samada pihak sekolah mahupun pihak yang melayari laman ini. Sekiranya terdapat cadangan dan pandangan bolehlah diajukan kepada pihak kami dengan menghubungi kami. Maklum balas anda adalah amat-amat dialukan. Sekian, terima kasih.

-Admin-