Laman Web Kini Dengan Multi Bahasa!

Para pengunjung laman web ini, dari seluruh dunia, kini boleh membaca blog dan lain-lain artikel dalam bahasa mereka masing-masing! Kemudahan ini dapat menterjemah pelbagai bahasa.

Butang paparan terjemahan ini boleh didapati di bahagian bar sisi sebelah atas sekali. Sebagai contoh, pengunjung boleh menterjemah keseluruhan laman ini ke dalam bahasa Sepanyol [Spanish] dengan mengklik pada perkataan Sepanyol.

Apa tunggu lagi, silalah klik butang pilihan dan pilih bahasa yang dikehendaki dan ta-da!!

Pengumuman Kem Nak Sihat 2016

Perkara: Kem Nak Sihat 2016

Tarikh: 19hb Ogos 2016 (Jumaat)

Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat: SK Nanga Sengaih, Julau

 

Scan copy.jpg

Pada minggu ini akan diadakan Kem Nak Sihat di SK Nanga Sengaih. Pihak sekolah berasa sangat berbangga kerana telah dipilih oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei yang mensasarkan aktiviti ini kepada seluruh komuniti di kawasan ini. Program ini dibawakan khas dengan kerjasama Schomos Sarawak Sarikei Sub Branch, Rotary Club Sarikei dan Kelab Doktor Muda SK Nanga Sengaih.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah; pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, PAP Smear, pemeriksaan gigi dan cabutan, pameran serta ceramah kesihatan. Selain itu, Kelab Doktor Muda sekolah akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah sempena minggu Anti-Denggi sekolah dan gotong-royong penempatan kawasan pelupusan sampah sarap.

Maka, marilah kita semua bersama-sama hadir ke program ini bagi mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma ini. Orang ramai tak kira tua dan muda serta kanak-kanak dan bayi juga boleh dibawa ke program ini.

Semoga program berfaedah seperti ini dapat mencapai matlamatnya untuk terus memberikan khidmat masyarakat terutamanya kepada warga penduduk di pedalaman yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan sebegini.

JOM KITA SAMA-SAMA SIHAT! JOM NAK SIHAT!!

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 ke Bintulu

Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid SK Nanga Sengaih

Tarikh : 8 hingga 10 Oktober 2015

1. LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN SK KAMPUNG BARU, BINTULU

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan menambah pengetahuan sedia ada serta berkongsi kemahiran berkenaan perpustakaan. Lawatan penandaarasan perpustakaan ini sungguh membantu para guru dalam menjana idea serta kreativiti yang dapat dikongsi bersama. Selain daripada perpustakaan, pihak Sekolah SK Kg. Baru turut membawa kami melawati Bilik BOSS, Prasekolah, Bilik Muzik, Bilik Seni, Bilik Guru dan Pejabat.

 

2. LAWATAN KE LEMBAGA PEMBANGUNAN BINTULU

 

3. LAWATAN KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU

 

4. LAWATAN KE TAMAN TUMBINA

 

5. SANTAI DI TANJUNG BATU

Terkini! Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan [PPB] Tahun 2014

Rakan-rakan guru.

Permohonan telah pun berakhir pada 28hb Februari yang lalu. Kini ianya hanya dibuka untuk kemaskini dan bagi urusan proses sokongan guru besar / pengetua sahaja.

Bagi proses sokongan ini, guru besar / pengetua dipohon membuat semakan dan melaksanakan proses sokongan sehingga 8hb Mac 2014.

Maka kepada semua guru yang telah mendaftar, sila layari laman ini di http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/. Semoga info ini bermanfaat buat semua.

P/S: Untuk rujukan, bolehlah baca surat siaran di sini: Surat Siaran Kursus Pembangunan Kompetensi Guru