Perasmian Dewan Baharu SK Nanga Sengaih, Julau

Dengan sukacitanya pihak sekolah ingin menjemput semua orang untuk hadir ke Majlis Perasmian Dewan Baharu SK Nanga Sengaih, Julau.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Rolland Duat anak Jubin, ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Meluan.

Aktiviti perasmian akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 02 Mac 2018 (Jumaat)

Masa: 4.00 petang -11.00 malam

Tempat: Dewan Baharu SK Nanga Sengaih, Julau

Antara aktiviti-aktiviti lain yang akan diadakan termasuklah jualan makanan dan minuman dari gerai Sri Sengaih (sayap ayam goreng, sayap bakar, sup telur, mi goreng dan sebagainya), lagu sponsor, cabutan tiket bertuah (hadiah utama; televisyen dan mesin basuh) dan persembahan dari artis undangan kesukaan ramai iaitu Leez Zwita.

Poster LZ 2.jpg