Portfolio Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)

Pada hari ini telah diadakan bengkel di peringkat sekolah mengenai profil fail PPB individu guru. Pihak pengurusan sekolah telah mengagihkan fail dan menerangkan mengenai kandungan yang perlu ada dalam fail tersebut. Selain itu, satu softcopy Buku Panduan PPPB juga telah diedarkan kepada semua guru di sekolah ini. Untuk rakan-rakan guru di luar sana, anda boleh klik pada nama buku panduan di atas. Semoga info ini bermanfaat!

Pewujudan Blog SK Nanga Sengaih, Julau

Hari ini, satu taklimat / bengkel yang bertajuk Pengurusan Blog dan Website Sekolah menggunakan wordpress.com untuk Guru ICT Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Julau telah diadakan. Maka wujudlah sebuah laman WordPress untuk SK Nanga Sengaih. Tujuan bengkel ini diadakan juga adalah bagi memastikan setiap sekolah di daerah Julau mempunyai laman WordPress sendiri.

Diharap dengan wujudnya laman sekolah ini dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak samada pihak sekolah mahupun pihak yang melayari laman ini. Sekiranya terdapat cadangan dan pandangan bolehlah diajukan kepada pihak kami dengan menghubungi kami. Maklum balas anda adalah amat-amat dialukan. Sekian, terima kasih.

-Admin-