Majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan (One Off) dan e-KASIH

Pada hari ini telah diadakan satu Majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan (One-Off) dan e-KASIH. Bertempat di Dewan Makan sekolah, majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi. Ibu bapa hadir seawal jam 7.00 pagi walaupun dengan keadaan jalan yang teruk akibat hujan lebat dan tanah runtuh.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis Encik Abdul Halim bin Arbain. Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Encik Changgan anak Chuat selaku guru besar SK Nanga Sengaih.

Selesai perasmian, guru-guru mula mengambil tempat masing-masing di meja yang ditentukan mengikut kelas. Ibu bapa dipanggil ke meja mengikut sanarai nama pelajar.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.00 pagi. Jelas terpancar kegembiraan di wajah ibu bapa yang menerima wang tersebut bagi pihak anak-anak mereka. Semoga dengan penyerahan wang ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak mereka.

Laporan disediakan oleh: Encik Mohd Hafiz Safwan bin Mohd Ridzuan.