Pengumuman Kem Nak Sihat 2016

Perkara: Kem Nak Sihat 2016

Tarikh: 19hb Ogos 2016 (Jumaat)

Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat: SK Nanga Sengaih, Julau

 

Scan copy.jpg

Pada minggu ini akan diadakan Kem Nak Sihat di SK Nanga Sengaih. Pihak sekolah berasa sangat berbangga kerana telah dipilih oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei yang mensasarkan aktiviti ini kepada seluruh komuniti di kawasan ini. Program ini dibawakan khas dengan kerjasama Schomos Sarawak Sarikei Sub Branch, Rotary Club Sarikei dan Kelab Doktor Muda SK Nanga Sengaih.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah; pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, PAP Smear, pemeriksaan gigi dan cabutan, pameran serta ceramah kesihatan. Selain itu, Kelab Doktor Muda sekolah akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah sempena minggu Anti-Denggi sekolah dan gotong-royong penempatan kawasan pelupusan sampah sarap.

Maka, marilah kita semua bersama-sama hadir ke program ini bagi mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma ini. Orang ramai tak kira tua dan muda serta kanak-kanak dan bayi juga boleh dibawa ke program ini.

Semoga program berfaedah seperti ini dapat mencapai matlamatnya untuk terus memberikan khidmat masyarakat terutamanya kepada warga penduduk di pedalaman yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan sebegini.

JOM KITA SAMA-SAMA SIHAT! JOM NAK SIHAT!!

Ceramah Pergigian

Tarikh: 22.04.2016

Masa: 8.00 am hingga 11.00 am

Tempat: Dewan Makan SKNSJ

Anjuran: Klinik Pergigian Bintangor

Kehadiran murid, ibu bapa, penjaga, guru, kakitangan sekolah dan kakitangan kesihatan.

 

Penerangan tentang cara penjagaan gigi oleh kakitangan pergigian di booth mini.

 

Ketibaan Pegawai Pergigian Bahagian Sarikei dan sesi ceramah.

 

Penyampaian hadiah sempena aktiviti pihak pergigian.

Penubuhan Kelab Doktor Muda

Baru-baru ini pihak sekolah berjaya menubuhkan satu lagi kelab di bawah Bahagian Kokurikulum sekolah iaitu Kelab Doktor Muda (KDM), SK Nanga Sengaih, Julau. Penubuhan di peringkat sekolah adalah pada 16 Februari 2016. KDM ini kemudiannya telah didaftarkan sebagai ahli gabungan bersama Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei. Diharap dengan tertubuhnya kelab ini, akan memberikan kebaikan kepada seluruh warga sekolah khasnya dan komuniti sekolah amnya.

Sijil Penubuhan KDM.jpeg

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 ke Bintulu

Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid SK Nanga Sengaih

Tarikh : 8 hingga 10 Oktober 2015

1. LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN SK KAMPUNG BARU, BINTULU

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan menambah pengetahuan sedia ada serta berkongsi kemahiran berkenaan perpustakaan. Lawatan penandaarasan perpustakaan ini sungguh membantu para guru dalam menjana idea serta kreativiti yang dapat dikongsi bersama. Selain daripada perpustakaan, pihak Sekolah SK Kg. Baru turut membawa kami melawati Bilik BOSS, Prasekolah, Bilik Muzik, Bilik Seni, Bilik Guru dan Pejabat.

 

2. LAWATAN KE LEMBAGA PEMBANGUNAN BINTULU

 

3. LAWATAN KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU

 

4. LAWATAN KE TAMAN TUMBINA

 

5. SANTAI DI TANJUNG BATU

Pengumuman Pertandingan Lukisan Poster Hari Kebangsaan 2015

Bermula 16 Ogos 2015, satu pertandingan sempena Hari Kebangsaan akan diadakan. Pertandingan yang dikelolakan oleh Pasukan Blog SK Nanga Sengaih akan dianjurkan bersama Pasukan Blog SK Nanga Buku, SK Nanga Kota dan SK Ulu Manding.

Pertandingan yang akan diadakan ini adalah Pertandingan Lukisan Poster Hari Kebangsaan 2015. Sekolah yang terlibat akan menerbitkan satu Post pada 16 Ogos 2015 bertajuk: Pertandingan Lukisan Poster Hari Kebangsaan 2015 dengan tag: cabaran, blog, sekolah, guru, murid, pertandingan, lukisan, poster, hari kebangsaan dan 2015 dengan kategori: Info, Cabaran dan Berita. Pastikan post tersebut ‘stick to the front page’.

Setiap sekolah tersebut akan mengelolakan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah masing-masing. Tiga pemenang akan dipilih dan hasil akan dipaparkan pada 16 September 2015 di dalam post bertajuk: Pemenang Pertandingan Lukisan Poster Hari Kebangsaan 2015 dengan tag dan kategori yang sama.

Kriteria bagi pertandingan adalah seperti berikut:

  1. Tahap 2 Sekolah Rendah
  2. Tiga pemenang utama.
  3. Tema “Hari Kebangsaan”.
  4. Jangkamasa pertandingan; 16 Ogos 2015 hingga 16 September 2015.

Pemenang akan menerima hadiah daripada SK Nanga Sengaih, Julau yang akan diberikan kepada pasukan blog di sekolah masing-masing pada waktu yang sesuai eg: waktu perhimpunan sekolah.