Taklimat Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Tarikh: 10.04.2017 (Isnin)

Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Julau

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Peserta: Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah

Anjuran: Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei

Pada hari ini telah diadakan satu taklimat berkenaan penyakit tangan, kaki dan mulut daripada pegawai kesihatan bahagian Sarikei. Antara pengisian taklimat ini adalah pengenalan kepada HFMD oleh Dr. Greg.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ini? Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. [moh.gov.my]

Selain itu, Pn. Noon Sigat pula menerangkan mengenai cara-cara mencuci tangan dengan betul. Ini bertujuan untuk menjadikannya tabiat bagi mencegah penyakit.

Advertisements