Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 ke Bintulu

Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid SK Nanga Sengaih

Tarikh : 8 hingga 10 Oktober 2015

1. LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN SK KAMPUNG BARU, BINTULU

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan menambah pengetahuan sedia ada serta berkongsi kemahiran berkenaan perpustakaan. Lawatan penandaarasan perpustakaan ini sungguh membantu para guru dalam menjana idea serta kreativiti yang dapat dikongsi bersama. Selain daripada perpustakaan, pihak Sekolah SK Kg. Baru turut membawa kami melawati Bilik BOSS, Prasekolah, Bilik Muzik, Bilik Seni, Bilik Guru dan Pejabat.

 

2. LAWATAN KE LEMBAGA PEMBANGUNAN BINTULU

 

3. LAWATAN KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU

 

4. LAWATAN KE TAMAN TUMBINA

 

5. SANTAI DI TANJUNG BATU

Lawatan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

Salam sejahtera, pada hari ini pihak sekolah telah menerima satu lawatan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Kuching) berkenaan pertandingan BOSS peringkat daerah dan negeri. Pegawai yang hadir adalah Puan Habsah Sahari dan Encik Atang Let.

Kehadiran Pelawat Bilik BOSS

Sesi Penerangan oleh Guru SPBT

Perbincangan dan Jamuan Ringan

Lawatan ke Bilik BOSS

Lawatan Sambil Belajar

Pada 31/10/2013 hingga 02/11/2013 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti Lawatan Akhir Tahun 6 bertempat di Kuching dan kawasan sekitarnya. Ini merupakan kali pertama pihak sekolah mengadakan lawatan yang boleh dikatakan agak berjaya dari aspek pengurusan ahli jawatankuasa dan penganjuran.

Pada hari pertama lawatan, semua ahli rombongan berkumpul di stesen minyak Petronas seawal jam 5 pagi untuk bertolak ke kuching. Bas yang dinaiki seramai 14 orang pelajar dan 14 orang guru dan anggota kakitangan sokongan singgah di R&R Temudok untuk aktiviti sarapan pagi.

Selepas bersarapan pagi, kami mula meneruskan perjalanan menuju ke destinasi pertama iaitu Kampung Budaya. Walaupun kami tiba agak lewat iaitu ketika tengah hari, namun kami tetap berpeluang untuk melihat persembahan kebudayaan yang diadakan.