Sprinkle Bakes

Selamat pagi! Sempena cuti sekolah ini, pasti ramai di antara kita yang akan mengambil kesempatan untuk merehatkan diri, bersama-sama keluarga, pergi melancong, beriadah dan berbagai-bagai aktiviti yang lain yang tidak dapat dilakukan ketika musim persekolahan. Ada juga yang berminat dengan aktiviti masakan yang pasti akan mencuba pelbagai resepi baru.

Di sini dikongsikan satu pautan kepada blog masakan iaitu “Sprinkle Bakes“. Antara resepi untuk masakan adalah roti, kek, gula-gula, kuih-muih, kek cawan, kastad dan manisan, pastri, pai dan juga tart. Jom kita mencuba resepi yang ada agar dapat kita menambahkan kemahiran di samping dapat juga menjamu keluarga, jiran dan sahabat-sahabat kita.

Bersyukur!

Bersyukur.. Itulah perasaan kami, ahli jawatankuasa wordpress sekolah apabila sebentar tadi guru besar menghantar mesej:
“Ucap tahniah kpd semua ajk web skolah…skolah kita yg terbaik setakat ini.”
Jarang-jarang rasanya kami mendapat pengiktirafan sebegini. Antara sekolah-sekolah di Julau? Kami sangat teruja! Rasanya memang berbaloi dengan apa yang kami usahakan. Namun apalah kami tanpa pelawat seperti anda semua yang sudi melawat laman web sekolah kami ini.
Mesej dari guru besar sedikit sebanyak memang menaikkan semangat kami untuk terus menghasilkan laman web sekolah yang lebih baik, menarik dan berinformasi selaras dengan isu semasa terutamanya dalam bidang pendidikan.
“Jom kita raikan!” Saya tiba-tiba bersuara. Apa lagi, rasanya inilah masa yang sesuai meraikan kegembiraan kami bersama. Dan sekarang, kami berada di NZ BBQ Stramboat. Jom makan!