Happy Sarawak Day

Pihak kami dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Sarawak kepada khususnya seluruh warga Sarawak dan tidak dilupakan juga kepada semua warga luar yang datang untuk menetap dan bekerja di negeri bertuah yang aman dan makmur ini. Happy Sarawak Day!!

Sarawak-Day

Sarawak Day (or Sarawak Independence Day) is a holiday observed on 22 July every year by the state of Sarawak in Malaysia, celebrating the establishment of self-government in Sarawak on 22 July 1963. (more: refer Wikipedia)

Advertisements

Jom Teka Teki

Assalamualaikum semua. Semalam, rakan serumah saya ada bertanyakan sesuatu iaitu berkenaan teka teki yang beliau main di dalam telefon bimbit. Aplikasi tersebut adalah Jom Teka Teki Malaysia. Ianya adalah soalan ke-765 kot. Soalannya berbunyi “Raja dan permaisuri mempunyai kuasa tertinggi. Namun ada satu lagi yang mempunyai kuasa melebihi raja dan permaisuri.” Jadi pembayang yang diberikan adalah jumlah huruf dan perkataan serta sebilangan huruf yang ada bagi membentuk jawapan tersebut.

JTT
Ikon Jom Teka Teki

Ahahah! Bunyinya macam mudah tapi penat juga memikirkan jawapannya. Selagi tak jumpa selagi itulah ianya bermain-main di fikiran. Bila dah dapat jawapan, rasa seronok je dan macam ketagih nak main lagi. Kami terus bermain sehingga ke beberapa soalan. Ada yang mudah dan ada yang sukar. Hehe! Jadi, saya pun nak juga senaraikan di sini beberapa soalan yang kami dapat jawapannya.

Yang ini adalah bagi soalan nombor 7++

772 petronas 773 kucing cacat 774 tiger wood 775 portugal 776 norway 777 labu 778 telefon 779 ?????

Macam best je permainan ini kan? Boleh membuatkan kita terleka seketika. Namun, permainan sebegini sebenarnya sangat menguji minda dan baik untuk aktiviti otak seperti juga sudoku, teka silang kata dan lain-lain lagi. Apa-apa pun, nanti saya minta rakan saya update jawapannya di sini lagi ye. Jika pembaca juga ingin kongsikan jawapan di sini, bolehlah tinggalkan komen anda ye. Hehe!