Taklimat Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Tarikh: 10.04.2017 (Isnin)

Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Julau

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Peserta: Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah

Anjuran: Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei

Pada hari ini telah diadakan satu taklimat berkenaan penyakit tangan, kaki dan mulut daripada pegawai kesihatan bahagian Sarikei. Antara pengisian taklimat ini adalah pengenalan kepada HFMD oleh Dr. Greg.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ini? Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. [moh.gov.my]

Selain itu, Pn. Noon Sigat pula menerangkan mengenai cara-cara mencuci tangan dengan betul. Ini bertujuan untuk menjadikannya tabiat bagi mencegah penyakit.

Advertisements

Pengumuman Kem Nak Sihat 2016

Perkara: Kem Nak Sihat 2016

Tarikh: 19hb Ogos 2016 (Jumaat)

Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat: SK Nanga Sengaih, Julau

 

Scan copy.jpg

Pada minggu ini akan diadakan Kem Nak Sihat di SK Nanga Sengaih. Pihak sekolah berasa sangat berbangga kerana telah dipilih oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei yang mensasarkan aktiviti ini kepada seluruh komuniti di kawasan ini. Program ini dibawakan khas dengan kerjasama Schomos Sarawak Sarikei Sub Branch, Rotary Club Sarikei dan Kelab Doktor Muda SK Nanga Sengaih.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah; pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, PAP Smear, pemeriksaan gigi dan cabutan, pameran serta ceramah kesihatan. Selain itu, Kelab Doktor Muda sekolah akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah sempena minggu Anti-Denggi sekolah dan gotong-royong penempatan kawasan pelupusan sampah sarap.

Maka, marilah kita semua bersama-sama hadir ke program ini bagi mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma ini. Orang ramai tak kira tua dan muda serta kanak-kanak dan bayi juga boleh dibawa ke program ini.

Semoga program berfaedah seperti ini dapat mencapai matlamatnya untuk terus memberikan khidmat masyarakat terutamanya kepada warga penduduk di pedalaman yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan sebegini.

JOM KITA SAMA-SAMA SIHAT! JOM NAK SIHAT!!