Hari Sukan Negara 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara (HSN) diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Selaras dengan Bajet 2015, Kerajaan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan. Kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.

Berikut merupakan sambutan HSN di peringkat sekolah:

Advertisements

Sesi Bergambar Unit Ko-Kurikulum

Minggu ini merupakan minggu pertama aktiviti ko-kurikulum dijalankan di sekolah. Pada minggu ini juga telah diadakan sasi bergambar mengikut kumpulan kelab dan persatuan (Isnin), sukan dan permainan (Selasa) dan kebudayaan dan keceriaan (Rabu). Berikut merupakan gambar bagi setiap komponen ko-kurikulum di sekolah ini.