Taklimat Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Tarikh: 10.04.2017 (Isnin)

Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Julau

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Peserta: Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah

Anjuran: Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei

Pada hari ini telah diadakan satu taklimat berkenaan penyakit tangan, kaki dan mulut daripada pegawai kesihatan bahagian Sarikei. Antara pengisian taklimat ini adalah pengenalan kepada HFMD oleh Dr. Greg.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ini? Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. [moh.gov.my]

Selain itu, Pn. Noon Sigat pula menerangkan mengenai cara-cara mencuci tangan dengan betul. Ini bertujuan untuk menjadikannya tabiat bagi mencegah penyakit.

Pewujudan Blog SK Nanga Sengaih, Julau

Hari ini, satu taklimat / bengkel yang bertajuk Pengurusan Blog dan Website Sekolah menggunakan wordpress.com untuk Guru ICT Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Julau telah diadakan. Maka wujudlah sebuah laman WordPress untuk SK Nanga Sengaih. Tujuan bengkel ini diadakan juga adalah bagi memastikan setiap sekolah di daerah Julau mempunyai laman WordPress sendiri.

Diharap dengan wujudnya laman sekolah ini dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak samada pihak sekolah mahupun pihak yang melayari laman ini. Sekiranya terdapat cadangan dan pandangan bolehlah diajukan kepada pihak kami dengan menghubungi kami. Maklum balas anda adalah amat-amat dialukan. Sekian, terima kasih.

-Admin-