Telegram!

Telegram? Apakah Telegram? Umumnya, telegram adalah mesej bertulis yang dihantar dengan menggunakan alat elektrik. Mesej ini dipindahkan di sepanjang wayar, dan teks yang ditulis atau dicetak kemudiannya akan ditulis atau dicetak menggunakan teleprinter dan dihantar kepada penerima.

Telegram telah digunakan secara meluas, tetapi kini tidak berguna kerana kebanyakan orang menggunakan telefon dan e-mel. Idea ini telah dibangunkan oleh Pejabat Pos British sebagai perkhidmatan untuk surat segera.

Perkhidmatan telegram terakhir, yang telah diletakkan di India, ditutup pada 15 Julai 2013, jam 21:00. Pada hari terakhir itu, ramai orang menghantar satu telegram. Perkhidmatan telegram pertama telah dimulakan pada tahun 1851 di British India.

Namun kini terdapat satu lagi perkhidmatan yang dikenali sebagai Telegram. Ia merupakan aplikasi bagi menyampaikan dan menerima mesej, gambar, suara, video dan dokumen melalui peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet dan komputer.

Kenapa isu Telegram ini dibangkitkan? Kami dari pasukan ICT sekolah mengalu-alukan semua guru SK Nanga Sengaih untuk memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar masing-masing. Tujuannya adalah untuk membentuk satu kumpulan di dalam Telegram ini bagi memudahkan penghantaran maklumat dibuat kepada semua guru di sekolah ini. Kepada yang masih inginkan penjelasan lanjut berkaitan aplikasi ini bolehlah klik di sini. Semoga dengan penggunaan aplikasi Telegram ini akan meningkatkan lagi sistem penghantaran dan penerimaan maklumat yang tepat, cepat dan selamat di kalangan warga SK Nanga Sengaih.

Advertisements