Pengumuman Kem Nak Sihat 2016

Perkara: Kem Nak Sihat 2016

Tarikh: 19hb Ogos 2016 (Jumaat)

Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat: SK Nanga Sengaih, Julau

 

Scan copy.jpg

Pada minggu ini akan diadakan Kem Nak Sihat di SK Nanga Sengaih. Pihak sekolah berasa sangat berbangga kerana telah dipilih oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei yang mensasarkan aktiviti ini kepada seluruh komuniti di kawasan ini. Program ini dibawakan khas dengan kerjasama Schomos Sarawak Sarikei Sub Branch, Rotary Club Sarikei dan Kelab Doktor Muda SK Nanga Sengaih.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah; pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, PAP Smear, pemeriksaan gigi dan cabutan, pameran serta ceramah kesihatan. Selain itu, Kelab Doktor Muda sekolah akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah sempena minggu Anti-Denggi sekolah dan gotong-royong penempatan kawasan pelupusan sampah sarap.

Maka, marilah kita semua bersama-sama hadir ke program ini bagi mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma ini. Orang ramai tak kira tua dan muda serta kanak-kanak dan bayi juga boleh dibawa ke program ini.

Semoga program berfaedah seperti ini dapat mencapai matlamatnya untuk terus memberikan khidmat masyarakat terutamanya kepada warga penduduk di pedalaman yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan sebegini.

JOM KITA SAMA-SAMA SIHAT! JOM NAK SIHAT!!

Simposium Guru Penasihat Kelab Doktor Muda Kali Ketiga Peringkat Kebangsaan 2016

Perkara: Simposium Guru Penasihat Kelab Doktor Muda Kali Ketiga Peringkat Kebangsaan 2016. “Guru Pemacu Kelestarian Kelab Doktor Muda

Tarikh: 12hb hingga 14hb Ogos 2016

Tempat: D’ Hotel, Seri Iskandar, Perak

Kontinjen Sarawak bergambar di Pintu Keluar Masuk (Bas) KLIA2

IMG_3373

Laporan selanjutnya akan menyusul..

Pemantauan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) 2016

Pemantauan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) Peringkat Negeri 2016 (Kategori Sekolah Cemerlang Kokurikulum).

Pada hari ini telah diadakan satu sesi pemantauan dari pihak PPD Julau di sekolah ini bertujuan bagi persediaan penilaian AKK untuk memilih sekolah terbaik bagi mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan.

Berikut merupakan paparan aktiviti pemantauan yang telah dijalankan:

Persiapan Sambut Tetamu

 

Anugerah Bicara Pendidik 2016

Hari ini merupakan hari yang bermakna buat dua orang guru iaitu En. Calvin Rentap anak Cliffton Akoi dan Pn. Akiu anak Tabau kerana hasil penulisan mereka berjaya dimasukkan ke dalam Bicara Pendidik 2016.

Untuk itu, satu acara penyampaian sijil dan cenderahati telah diadakan dan guru besar sendiri telah menjadi wakil bagi menerimanya. Pihak PPD Julau juga berasa bangga di atas pencapaian tersebut.

Penerimaan sijil dan cenderahati oleh guru besar.

Terdahulu, ketua pejabat PPD Julau telah menerima sijil dan cenderahati tersebut pada majlis Persidangan Pengurusan Pengetua Sekolah Menengah.

IMG_3340

Perbincangan Kem Nak Sihat 2016

Semalam, tiga orang pegawai dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei telah hadir ke sekolah bagi membincangkan mengenai aktiviti Kem Nak Sihat yang akan dianjurkan di sekolah ini. Sekolah ini dengan bangganya telah dipilih sebagai venue aktiviti tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

Pegawai yang hadir ialah Puan Noon Sigat (Pegawai Pendidikan Kesihatan S41), Cik Ngu Li Ling (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29) dan Dr Greg.

Pihak sekolah sangat berbesar hati di atas pemilihan sekolah sebagai lokasi aktiviti. Sudah pasti kem sebegini akan memberikan impak positif kepada seluruh komuniti di sini.